PEMASANGAN BERASASKAN TANAH
Langkah 1
Lakukan Kerja-Kerja Pembersihan
Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan dengan mencangkul dan membuang kesemua rumput-rumput asal sehingga bersih.


Langkah 2
Mampatkan Tanah Menggunakan Compactor Machine
Selepas siap kerja-kerja pembersihan, jika kawasan tanah tersebut agak lembut. Kami akan mampatkan dulu kesemua permukaan tanah dengan menggunakan compactor machine.
Langkah 3
Meracun
Bagi memastikan lalang atau rumput lama tidak tumbuh lagi, pihak kami akan meracun kesemua permukaan tanah dengan menggunakan racun rumput.


Langkah 4
Mula Masukkan Pasir Kasar
Masukkan pasir kasar ke semua tempat pemasangan rumput tiruan (artificial grass)
Langkah 5
Proses Mampatkan Pasir Kasar
Mampatkan kesemua pasir kasar sampai pasir kasar tersebut betul-betul mampat dan rata.


Langkah 6
Proses Leveling - Ratakan Permukaan Pasir
Bagi memastikan keadaan rumput tiruan (artificial grass) di pasang dengan cantik dan kemas. Proses meratakan pasir kasar dengan menggunakan kayu lveling harus di lakukan. Jika tidak rumput tiruan (artificial grass) akan nampak beralun dan tidak rata.
Langkah 7
Proses Pemasangan Geotextile (Tambahan)
Kerja tambahan iaitu pemasangan geotextile. Penggunaan geotextile ini adalah optional dan caj tambahan akan dikenakan. Kelebihan menggunakan geotextile ini sedikit sebanyak dapat menghalang rumput lama atau lalang dari tumbuh lagi dan dapat mengekalkan permukaan pasir. Ia juga sedikit sebanyak dapat mencegah daripada binatang berada di bawah rumput tiruan (artificial grass).


Langkah 8
Kerja-Kerja Pemasangan Rumput Tiruan
Mula kerja-kerja pemasangan rumput tiruan (artificial grass) dengan memotong rumput tiruan (artificial grass) mengikut ukuran.
Langkah 9
Proses Finishing
Kerja-kerja finsihing perlu dilakukan seperti membuat sambungan rumput tiruan (artificial grass), paku dan potong rumput mengikut keadaan kawasan.

PEMASANGAN DI DINDING KEDIAMAN
Di Bani Grass, kami mempunyai kerja dengan pelbagai projek luaran dan dalaman.Pemasangan Rumput tiruan di dinding kediaman adalah trend yang mewujudkan persekitaran positif dan pemandagan yang menarik. Pertama, pemasangan berasaskan dinding, kami memerlukan penghancur berkelajuan tinggi untuk membersihkan habuk yang tidak diingini di dinding supaya pekerja kami dapat meneruskan pemasangan rumput tiruan.
Pekerja-perkerja kami akan mengukur setiap inci dan sudut dinding anda untuk mendapatkan ukuran yang tepat untuk pemasangan rumput tiruan anda. Proses pemasangan rumput tiruan berasaskan dinding bergantung kepada permintaan anda kerana mungkin mengambil sedikit masa untuk memasang rumput secara menegak ke bawah dan proses terakhir adalah menyatukan rumput yang mengelilingi rumput yang sedang dipasang di halaman kediaman anda supaya sentiasa kelihatan teratur dan kemas.
PEMASANGAN DI ATAS LANTAI / SLAB
1. Bersihkan tempat pemasangan menggunakan blower berkelajuan tinggi
2. Pasang sel salur di kawasan yang diperlukan untuk memudahkan pembuangan air & mencegah pengekalan air.
3. Potong ukuran rumput tiruan yang diperlukan.
4. Pasang rumput tiruan.
5. Kekalkan kedudukan rumput menggunakan paku atau gam turf agar tidak bergerak.
TESTIMONI BANI GRASS
“ Alhamdulillah cantik family cakap. Ada a few neighbours tanya buat kat mana. Saya dah bagi website BANI Grass. Ada yang buat dekat tempat lain lagi mahal and tak setebal yang BANI Grass install. Terima kasih banyak ya.”
Pn Siti Hajar, Shah Alam“ Bani.. Terima kasih banyak-banyak tau. Cakap dengan abang dan adik bani sekali. Puas hati sangat-sangat. Grass pun nampak real. Ni mertua datang tengok diorang pun suka. Cantik sangat-sangat. Tq tq tq again tau. Ni nak influence abang dan akak kat KL buat jugak. Terima kasih BANI Grass.”
Pn Siti Sharina, Melaka