SOALAN DAN JAWAPAN
SOALAN LAZIM
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Apakah Produk & Perkhidmatan BANI Grass?
BANI Grass Services menyediakan produk jenis rumput tiruan (artificial grass) yang berkualiti dengan jaminan warranty sehingga 8 tahun. Antara produk yang BANI Grass sediakan ialah:
- Green Artificial Grass
- Natural Artificial Grass
- Golf Artificial Grass
- Drain Cell
- Geotextile
Manakala perkhidmatan pula, BANI Grass Services menyediakan servis pemasangan rumput tiruan (artificial grass) di sekitar:
- Melaka
- Johor Bahru
- Negeri Sembilan
- Selangor
Apa Saiz / Ketebalan Rumput Tiruan (Artificial Grass) Yang BANI Grass Ada?
Setakat ini saiz atau ketebalan rumput tiruan (artificial grass) yang BANI Grass sediakan ialah:
- Green Artificial Grass 10mm
- Green Artificial Grass 20mm
- Natural Artificial Grass 30mm
- Green Artificial Grass 35mm
- Natural Artificial Grass 35mm
- Natural Artificial Grass 40mm
- Golf Artificial Grass 15mm
Harga bagi setiap saiz atau ketebalan rumput tiruan (artificial grass) adalah berbeza. Sila WhatsApp BANI Grass di talian +019-625 2202 untuk dapatkan sebutharga secara PERCUMA.
Adakah Setiap Produk BANI Grass Ada Jaminan Warranty?
Yup sudah tentu ada jaminan warranty. BANI Grass memberi jaminan warranty seperti berikut:
- Green Artificial Grass 20mm (5 tahun warranty)
- Green Artificial Grass 25mm (5 tahun warranty)
- Natural Artificial Grass 30mm (8 tahun warranty)
- Green Artificial Grass 35mm (8 tahun warranty)
- Natural Artificial Grass 35mm (8 tahun warranty)
- Natural Artificial Grass 40mm (8 tahun warranty)
- Golf Grass Artificial 15mm (8 tahun warranty)
Warranty ini hanya sah bagi mereka yang dapatkan rumput tiruan (artificial grass) siap pemasangan daripada BANI Grass. Jaminan warranty ini adalah untuk ketahanan dan warna rumput tiruan (artificial grass). Jika warna rumput tiruan (artificial grass) anda bertukar warna (menjadi pudar) anda boleh claim warranty anda dengan pihak BANI Grass dalam tempoh yang telah diberikan.
Akan tetapi jika anda hanya beli rumput tiruan (artificial grass) sahaja tidak ada jaminan warranty daripada pihak kami.
Apakah Perbezaan Antara Green Grass & Natural Grass?
Perbezaan Warna:
Green Artificial Grass: Merupakan rumput tiruan (artificial grass) yang mempunyai 1 warna sahaja iaitu warna hijau.
Natural Artificial Grass: Merupakan rumput tiruan (artificial grass) yang mempunyai 2-3 warna iaitu warna hijau cair, hijau pekat dan warna coklat (warna rumput mati). Natural Grass nampak lebih cantik dan nampak lebih seakan-akan rumput asli.
Perbezaan Penggunaan:
Green Artificial Grass: Kebiasaannya rumput tiruan (artificial grass) jenis ini sesuai di pasang dekat dinding, atas lantai yang bersimen atau mozac, indoor, outdoor, signboard, balkoni, display produk, hiasan pejabat, hiasan butik dan banyak lagi.
Natural Artificial Grass: Rumput tiruan (artificial grass) jenis Natural Grass ini lebih sesuai di pasang diluar halaman rumah, atas tanah, atas simen, outdoor, indoor, dinding, dan banyak lagi.
Perbezaan Permintaan:
Antara Green Artificial Grass dan Natural Artificial Grass yang paling banyak permintaan adalah Natural Grass. Kerana ia merupakan rumput tiruan (artificial grass) jenis yang warnanya seakan-akan menyerupai rumput asli.
Saya Nak Pasang Atas Tanah. Rumput Yang Mana Paling Sesuai?
Kebiasaannya jika anda ingin membuat pemasangan rumput tiruan (artificial grass) di atas tanah, rumput jenis Natural Grass 30mm, 35mm & 40mm.
Lokasi Pemasangan BANI Grass Services?
Ini merupakan antara area lokasi pemasangan rumput tiruan (artificial grass) dari BANI Grass Services:
- Melaka
- Johor Bahru
- Negeri Sembilan
- Selangor
Luar daripada lokasi yang tertera, pihak BANI Grass terpaksa mengenakan caj tambahan untuk pengangkutan. Walaubagaimanapun anda boleh berunding dengan kami untuk caj tambahan ini. Jika lokasi pemasangan lebih dari 800sqft pihak BANI Grass boleh berikan penghantaran PERCUMA.
Adakah Harga Dah Termasuk Pemasangan?
Yup betul. Harga rumput tiruan (artificial grass) yang BANI Grass berikan dah termasuk pemasangan. Pemasangan adalah seperti berikut:
1. Pasir
2. Racun Rumput
3. Compact
4. Levelling
6. Paku
7. Joining Tape
8. Silicon
Manakala untuk kerja-kerja pembersihan seperti cangkol dan pembuangan rumput asal akan dikenakan caj tambahan antara RM0.50-RM1.00 sekaki mengikut keadaan ketebalan rumput asli atau lalang. Akan tetapi anda boleh berbincang harga dengan kami untuk caj pembersihan ini. Kemungkinan besar anda boleh dapatkan kos pembersihan secara PERCUMA.
Berapa Lama Proses Pemasangan?
Kebiasaannya proses pemasangan rumput tiruan (artificial grass) hanya memakan masa 1-2 hari sahaja. Ia bergantung kepada keluasan pemasangan dan pembersihan rumput asli atau lalang.
Apa Proses Pemasangan Rumput Tiruan (Artificial Grass) Dari BANI Grass?
Berikut merupakan antara proses-proses yang kami lakukan sewaktu sebelum dan selepas pemasangan rumput tiruan (artificial grass):
- Pembersihan Rumput Asal
- Racun Rumput
- Letak Pasir
- Compact
- Levelling
- Letak Geotextile (jika mahu)
- Pasang Rumput Tiruan
- Silicon
- Paku
- Finishing
Berapa Lama Rumput Tiruan (Artificial Grass) Boleh Bertahan?
Hasil kajian mendapati rumput tiruan (artificial grass) boleh bertahan lebih daripada 10 tahun. Ia juga bergantung dengan keadaan cuaca sesuatu tempat dan cara penggunaan rumput tiruan (artificial grass) itu sendiri. Walaubagaimanapun rumput tiruan (artificial grass) ini memang telah direka khas suapaya ia mampu bertahan dengan hujan dan panas terik.
Rumput Tiruan (Artificial Grass) Ini Ada Saluran Air Ke?
Yup sudah tentu ada. Di setiap bahagian bawah rumput tiruan (artificial grass) ada lubang untuk saluran air keluar. Anda tidak perlu risau jika kawasan itu bertakung mahupun banjir.
Bagaimana Jika Ada Semut, Lipan Mahupun Lalang?
Kebiasaannya semut dan lipan memang sudah ada dibawah rumput asal. Sewatu proses pembersihan rumput asal anda akan lihat kebanyakan semut dan lipan akan keluar. Bagi mencegah semut, lipan mahupun lalang ada dibawah rumput tiruan (artificial grass) kami akan pasangkan canvas putih iaitu Geotextile terlebih dahulu. Geotextile ini sedikit sebanyak dapat mencegah semut, lipan dan lalang berada dibawah rumput tiruan (artificial grass).
Boleh BANI Grass Datang Ke Lokasi Saya Untuk Buat Ukuran?
Yup sudah tentu boleh. Tiada sebarang caj kami kenakan. Pihak BANI Grass Services akan turut membawa hasil kerja (portfolio) dan sample rumput tiruan (artificial grass). Sila hubungi BANI Grass di talian 019-6252202 dan “share location” anda melalui whatsapp.
BERHUBUNG DENGAN KAMI
TEAM BANI GRASS



TESTIMONIALS
“ Alhamdulillah cantik family cakap. Ada a few neighbours tanya buat kat mana. Saya dah bagi website BANI Grass. Ada yang buat dekat tempat lain lagi mahal and tak setebal yang BANI Grass install. Terima kasih banyak ya.”
Pn Siti Hajar, Shah Alam“ Bani.. Terima kasih banyak-banyak tau. Cakap dengan abang dan adik bani sekali. Puas hati sangat-sangat. Grass pun nampak real. Ni mertua datang tengok diorang pun suka. Cantik sangat-sangat. Tq tq tq again tau. Ni nak influence abang dan akak kat KL buat jugak. Terima kasih BANI Grass.”
Pn Siti Sharina, Melaka